Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar disekolah ini. Seramai 180 orang murid telah mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhirJanuari 2003.

Kini sekolah ini telah beroperasi selama 10 tahun . Jumlah muridnya pula seramai 791 orang dan gurunya pula seramai 51 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat 5 kelas Pendidikan Khas. Sekolah ini juga terdapat sebuah bangunan prasekolah.

Comments